03 Ogos 2009

Ads a.k.a Iklan?

2 comments

No Ads Please!!

Hurm.. Sebenarnya, saya memang kurang senang dengan iklan yang ditempek dalam mana-mana blog, tidak kiralah secara gambar, pop-up, flash, widget atau sebagainya. Tapi itu adalah pilihan dan hak masing-masing. kan? Lagi pula, itu adalah blog mereka. Suka hati mereka lah apa yang mereka nak letak dalam tu. i’m right?

Huhuhu. Tapi adakah mereka pernah memikirkan tentang pelawat mereka? mungkin hanya kerana ads, pelawat mereka akan terus tinggalkan laman blog tersebut tanpa terdetik untuk melawatinya kembali. Sebagai contoh, saya sendiri. Saya telah 100% bertukar kepada sistem operasi percuma yang disebut sebagai ubuntu sebagai menggantikan window xp. Dan saya gunakan firefox sebagai browser utama saya.

Mungkin terdapat beberapa kelemahan dengan firefox di ubuntu, jikalau saya melunsuri laman web atau laman blog yang terdapat begitu banyak javascript atau flash, browser saya akan bertukar menjadi lambat. Dan saya bukanlah menulis artikel ini untuk membebel mengenangkan nasib firefox di ubuntu, tetapi saya menulis artikel ini hanya untuk menyedarkan mereka-mereka yang suka sangat meletakkan ads berjavascript atau flash yang banyak diblog mereka tanpa memikirkan perasaan pelawat blog mereka.

Dan apa yang saya nak tonjolkan di artikel ni ialah saya seorang yang BENCI ads! Sebab saya menulis bukan untuk mencari keuntungan dari segi kewangan, tetapi saya menulis atas sebab saya nak kongsikan apa yang saya rasa dan apa yang saya tahu. thats all! wallaa.. Tapi bile duk pikir-pikir balik, ramai jugak manusia-manusia yang hostkan blog mereka kat server saya yang pasang ads dalam blog mereka. huhuhu. Entah la.. saya pun tak tahu apa nak cakap. Sebab saya akan tetap berpegang pada kata-kata saya mula-mula tadi. Itu blog diorang, lantak diorang la nak letak apa dalam blog dia..!

Mungkin lepas ni saya boleh wat satu logo yang bertulis, “Belia Benci Ads a.k.a Iklan!”.. wakakaka.. khayalan yang mengarut.. huhuhu.. Tapi saya berjanji pada diri saya sendiri yang saya tak akan masukkan walaupun satu ads pun dalam blog ni! sumpah!

Papehal, harap sumer sentiasalah layanzz.. n enjoyzz dengan artikel yang bencikan ads ni! wallaa.. tata..

Ulasan

2 comments to "Ads a.k.a Iklan?"

Afiq berkata...
8 Ogos 2009 pada 10:28 PTG

SalamX..

Hamdi berkata...
8 Ogos 2009 pada 10:30 PTG

aku setuju
hehe
tapi aku rasa kan, ads kat blog aku tuh tak lar heavy sangat
eehehe

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 Avicenna007. Template Blogger khas direka untuk Avicenna007.