Sememangnya pada era globalisasi ini internet yang berkelajuan tinggi sangat diperlukan oleh semua orang. Tidak kiralah sama ada pekerja-pekerja syarikat, pelajar, bahkan suri rumah juga perlukan internet.
Mengikut apa yang saya baca melalui laman wikipedia, broadband bermaksud medium komunikasi capaian tinggi, saya telah "quote"kan seperti dibawah:
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).Selain dari broadband yang sambungan wayar, kini zaman semakin canggih dengan diperkenalkan juga broadband tanpa sambungan wayar yang menggunakan sambungan 3g. Di Malaysia, terdapat beberapa buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan broadband, sama ada yang berwayar ataupun tanpa wayar.
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.
Kenapa saya memerlukan internet yang berkelajuan broadband? Kehidupan berkomputer saya bermula apabila saya murid tahun 6 sekolah rendah. Ketika itulah kali pertamanya ayah saya memberi kebenaran kepada saya untuk menggunakan komputer beliau dan sekaligus ayah saya mengajar saya bagaimana cara untuk menggunakan internet.
Sebenarnya komputer yang ayah saya pakai itu telah dipasang dengan sistem operasi Linux Ubuntu oleh abang saya. Oleh kerana itu, saya tidak pernah mengenal komputer dengan permainan. Apa yang saya maksudkan adalah sesetengah kawan-kawan saya mengenal komputer atau pun internet adalah dengan adanya permainan video yang terdapat dalam sesebuah komputer tersebut.
Tetapi ada satu hobi yang saya suka lakukan ketika menggunakan internet broadband, iaitu membaca komik manga. Terdapat pelbagai jenis laman web yang menyediakan pernyiaran komik secara percuma. Antaranya adalah yang paling saya suka, OneManga. Selain membaca komik secara 'online', saya juga menggunakan internet jalur lebar ini untuk belajar perihal cara membina blog atau laman web. Sebagai contohnya blog ini, saya sendiri yang designnya.
Walaupun saya masih muda, saya begitu minat dengan pengaturcaraan komputer. Banyak yang telah saya belajar. Antarnya, html, css, javascript dan banyak lagi. Saya juga menggunakan internet jalur lebar untuk mempelajari bagaiman untuk menggunakan sistem operasi Linux semaksima yang mungkin.
Mungkin setakat inilah dahulu mengenai "Saya inginkan dan memerlukan 'BroadBand'". Mungkin saya akan menyambung lagi entri ini, InsyaAllah. Wasalam.